Muḥammad
bin Mūsā al-Khawārizmī adalah seorang ahli matematika, astronomi,
astrologi, dan geografi yang berasal dari Persia. Lahir sekitar tahun
780 di Khwārizm dan wafat sekitar tahun 850 di Baghdad. Konsep
matematika dalam Islam merupakan ilmu yang berhubung dengan kepercayaan
mengesakan Allah S.W.T. Perkataan “Ahda” atau “ahad” dalam firman Allah
merupakan suatu simbol Ilmu Hisab (Abdul Rahman Nawas, et.al,1995: 186).
Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan
bermakna dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak
mencipta perkara-perkara baru yang menjadi ilmu matematik lebih mudah
dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam
bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka
sifar.
Dalam Islam, angka pertama ialah satu (1), bukannya angka kosong atau
sifar seperti yang dianuti oleh ahli fikir Barat. Wujudnya satu sebagai
angka awal dikaitkan dengan kewujudan Allah. Manakala pendapat angka
kosong sebagai terawal adalah pendapat sekular Barat yang menafikan
kewujudan Tuhan sebelum wujudnya alam. Sistem angka mula diperkenalkan
ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nomor ini telah
memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem
nomor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan
kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan. Dalam
al-Quran banyak ayat-ayat yang menyebut tentang bilangan angka seperti
dalam surah al- Nisa’ ayat-ayat 10, 11 dan 12 membicarakan tentang
waris. Ayat ini menyebut tentang ”nisf” (1/2), ”rubu” (1/4), ”thuluth”
(1/3), ”sudus” (1/6) dan ”thumun” (1/8)
Masyarakat Islam juga melahirkan tokoh2 seperti al-Khawarizmi,
Pandagannya dalam algebra banyak berasaskan pandangan al-Khawarizmi
Beliau berasal dari Khawarizm atau Khuway, selatan Tasik Aral,
Turkistan. Juga dikenali sebagai Abdullah itu kemudian berpindah ke
Baghdad. Berkemahiran tinggi dalam bidang matematik, falak, geografi dan
sejarah memudahkannya menguasai ilmu2 India dan Greek sekaligus.
Beliaulah yang mula2 mengguanakn istilah algebra atau “al-jabr” dalam
bahasa Arab. Memperkenalkan sistem angka India kepada orang Arab dan
Barat. Istilah matematik, “logaritma” telah dicipta oleh orang Barat
bagi mengenang jasa2 beliau. Antara buku beliau yang popular ialah
al-Ziq1&2, al-Rakhamah dan al-Tarikh. Yang paling popular ialah
al-Jabr wa al-Muqabalah ringkasan buku lain untuk memudahkan pedagang2
membacanya.
Al-Khawarizmi memperkenalkan beberapa simbol yang sistematik terutama
angka sifar. Jadual al-Khawarizmi dan “Habasy al-Habib” turut membantu
mempercepatkan sistem angka India ini terkenal di dunia. Mulai awal abad
ke 5H/11M didapati penggunaan sistem angka baru secara meluas dalam
penulisan sarjana-sarjana Islam. Karya beliau dalam bidang matematik
yang terkenal ialah “al-Kitab al- Mukhtasar fi Hisab al-Jabr
waal-Muqabalah” telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan digunakan hingga
abad ke 10H/16M dan jadikan asas yang digunakan di Universiti di Barat.
Aljabar merupakan nadi ilmu hisab, dunia mengenal sistem nomor yang ada
sekarang menerusi buku karya al- Khawarizmi yang diterjemahkan ke dalam
bahsa Latin pada tahun 1120 bertajuk De Numero Indorum.
Persaudaraan Pythagoras yang banyak berjasa dalam mengembang dan
memajukan ilmu sains khususnya sains matematik, merupakan sebuah
pertubuhan kerohania, akademik dan saintefik dengan kecenderungan yang
kuat terhadap falsafah. Tokoh matematik seperti Fibonci, Master Jacob
dan Leonardo telah terpengaruh dan menceduk teori matematik
al-Khawarizmi dalam kajian mereka. Beliau telah membentuk satu kaedah
untuk sebarang persamaan. Kaedahnya hisab al-khatayan telah
diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona seterusnya di
terjemah ke Bahasa Inggeris. Angka juga dikenali sebagai “algorismus dan
‘logaritma” sempena nama al-Khawarizmi
Orang2 pada zaman lampau tidak mengenali angka atau lambang algebra.
Walau bagaimanapun, mereka di katakana mengetahui berapa cara
menyelesaikan masalah yang belum terbentuk sebagai kaedah yang jelas.
Antara yang di sebut termasuklah (A+B)²=A²+2AB+B² Orang-orang Mesir juga
mengetahui kira-kira seperti ini. Contoh X²+Y² = 100 Hasilnya y = 3/4x
dan x = 8, y = 6 Kiraan inilah kemudiannya menjadi asas sejarah bagi
teori Pythagoras, iaitu : A²=B²+C²
Maklumat-maklumat tentang algebra pada kalangan bangsa Mesir boleh
didapati daripada tulisan-tulisan ahmasu pada daun bardi. Menjadi asas
pada pengembangan kaedah-kaedah algebra di India, dunia arab dan
kemudiannya di Eropah pada zaman baru sekarang. Algebra ini tidak pula
muncul sebagai suatu ilmu yang tertusun kecuali sesudah ia di terima
oleh orangorang Arab. Pengasas ilmu algebra ialah Muhammad ibn Musa
al-Khawarizmi. Al- Gabr- wa al- Muqabalah telah menghuraikan tengtang
ilmu tersebut sebagai satu cara menyelesaikan masalah yang di dalamnya
terdapat bilangan yang tidak diketahui. Sementara al-Muqabalah pula
ialah penyatuan sebutan-sebutan tersebut, misalnya dalam persamaan yang
berikut: X² – X = 3X + 5 Oleh itu ,”algebra”nya ialah : X² =3X + X + 5,
sementara : “al-Muqabah” pula : X² =4X + 5 Oleh sebab itulah nama
algebra dikatakan berasal dari perkataan Arab. Sebutan inilah
kemudiannya di pindahkan dalam bahasa Inggris, German dan Perancis.
Keulungan al-Khawarizmi disebabkan beliau mencipta persamaan menyeluruh
asas kepada persamaan kuadratik. Contohnya : X² + 21 + 10X. Keulungan
beliau ketara karena selama lebih kurang tiga kurung selepas beliau
meninggal. Algebra tidak banyak berubah dari apa yang diasaskan beliau.
Abu Kamil Syuja’ ibn Aslam yang hidup sezaman dengan al-Khawarizmi,
telah menulis buku Kamal al-jabr wa Tamamuha wa al-Ziyadatul fi Usulihi.
Dalam buku tersebut beliau menguraikan beberapa pekara yang agak rumit
dalam buku al-Khawarizmi. Kemudian muncul pula seorang tokoh bernama Abu
al-Wafa al-Buzjani. Beliau telah mengulas buku Diophante tentang ilmu
hisab dan buku al-jabr wa al-Waqabalah oleh al- Khawarizmi dan juga
telah menyatukan aliran India dengan aliran Yunani. Al- Karkhi pun
berminat, sementara Umar al-Khayam pula meskipun lebih terkenal sebagai
penyair namun beliau juga turut dianggap pakar dalam algebra. Uraian
mereka inilah kemudiannya berpindah dari Eropah dan menjadi asas kepada
apa yang ada pada hari ini.
Comments
Post a Comment